Monday, September 22, 2014

DINAR EMAS vs WANG KERTAS

:: Dinar emas

   Semua orang tahu tentang kenaikan harga emas tapi tak tahu tentang fakta sebenar tentang kenaikannya. Saya sentiasa ulang bab harga ni setiap kali berbicara tentang emas dengan sesiapa saja dan terpaksa membandingkan dengan dividen ASB untuk mencerahkannya lagi namun tiada juga tindakan susulannya.

   Masalahnya lagi ialah kepercayaan & tahap keimananya yang berbeza sebab level kefahaman tak sama.
Rupanya ada lagi masalah tentang macamana nak guna emas itu sendiri sebab ada yang bertanya bagaimana cara nak guna emas ni. Takkan nak simpan jer sampai banyak dan kalau terus simpan bila masa nak guna? Tak pe, saya akan cuba terangkannya sebaik mungkin.
   Sebelum kita bertindak menukarkan duit simpanan kita kepada emas, paling tidak pun kita kena juga menyediakan minda kita dengan ilmu emas. Maksud ilmu emas ialah bagaimana cara kita nak uruskannya sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi sebagai penyimpan emas tanpa ‘menggunakanya’ sebaik mungkin.

   Kenaikan harga emas sejak 10 tahun lalu ialah sebanyak 30% setahun (purata) berbanding ASB hanya 7% sahaja. Dari fakta ini pun kita sudah boleh membandingkan keuntungannya berbanding simpanan duit kertas biasa. Semestinya emas lebih untung la. Tapi ramai yang fobia dengan anggapan bahawa harga emas adalah mahal. Betul la tu.
   "Arrahnu"..... Rasanya hampir semua orang tau tentang arrahnu (pajakan cara Islam) tapi tak tau secara dekat mengenainya. Jadi tak hairanlah masih ramai lagi yang bergantung dengan pajakan secara konvesional yang mencekik darah pemajaknya.

   Di bwh ini saya berkongsi 3 contoh situasi berbeza utk pemahaman yg lebih mendalam lagi berkenaan kelebihan dinar emas @ emas itu sendiri.

:: CONTOH 1
Ali dan Ahmad mendapat kerja pada tempat yang sama iaitu pada tahun 2000. Mereka diberi kebebasan untuk bayaran gaji samada dengan wang kertas dan dinar emas tapi dalam nilai yang sama iaitu RM700.00.

#Ali memilih untuk dibayar dengan wang sebanyak RM700.00 sebulan dengan kenaikan gaji secara mendatar sebanyak RM60.00 setahun.
#Ahmad pula memilih untuk dibayar dengan dinar emas iaitu 5 dinar sebulan tanpa kenaikan gaji sehingga pencen. (Nilai 1 dinar pada tahun 2000 ialah RM140.00 x 5 = RM700.00 )

Setelah 10 tahun Ali telah mengalami kenaikan gaji sebanyak 10 kali iaitu RM60 x 10 = RM600.
Gaji Ali pada tahun 2010 ialah RM700 + RM600 = RM1300 sebulan. Kenaikan gaji Ali adalah 18.57% setahun.

Manakala gaji Ahmad pula tidak berubah sejak 10 tahun dulu iaitu 5 dinar tapi kenaikan harga emas adalah 30% setahun (anggaran). Pada tahun 2010 harga satu dinar ialah RM655 (semasa artikel ini ditulis). Jumlah gaji Ahmad ialah 5 x RM655 = RM3275 dengan kenaikan sebanyak 46.78% setahun.
Kesimpulannya jika gaji pekerja dibayar dengan dinar emas kita tidak memerlukan kenaikan gaji tahunan seperti yang diamalkan kini. Bayangkan berapakah gaji Ahmad untuk 10 tahun akan datang. Mungkin majikannya tidak lagi mampu untuk membayar gajinya sebab pada masa berkenaan harga emas mungkin akan mencecah RM600/gram! ( 1 dinar = 4.25g x RM600 = RM2550) Jadi gaji Ahmad pada than 2020 ialah  RM2550 x 5 dinar = RM12,750. Wow!

:: CONTOH 2
Kos untuk menunaikan haji sejak tahun 2000 hingga sekarang menurun dengan mendadak apabila kita menggunakan dinar sebagai ukuran. Oleh kerana nilai emas meningkat saban tahun jumlah penggunaan dinar sentiasa menurun walaupun dengan wang kertas ia meningkat. Ini boleh dilihat dengan keadaan berikut.
Tahun 2000 (RM9,100)              =  1 dinar RM140               65 dinar diperlukan
Tahun 2005 (RM12,000)            =  1 dinar RM263               46 dinar diperlukan
Tahun 2010 (RM15,000)            = 1 dinar RM655               22 dinar diperlukan

Berdasarkan rekod-rekod tersebut kemungkinan kos untuk mengerjakan haji pada masa akan datang terus menurun hingga sekadar 10 dinar sahaja diperlukan untuk mengerjakan haji ke Mekah. Ini lah hikmahnya menyimpan emas.

:: CONTOH 3
Ali dan dan Ahmad membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 untuk melabur dan akan mendapat pulangan dalam masa 10 tahun. Ali melabur dalam ASB manakala Ahmad membeli emas dan menyimpannya sendiri. Selepas 10 tahun kesimpulannya adalah seperti berikut.

Dividen dan bonus bagi ASB ialah 7% setahun.
RM100,000 x 7% x 10 tahun = RM170,000. Keuntungan sebanyak RM70,000 selama 10 tahun. Tolak inflasi 4% setahun maka baki keuntungannya ialah RM30,000.

Peningkatan harga emas adalah 30% setahun (purata)
RM100,000 x 30% x 10 tahun = RM400,000. Keuntungan sebanyak RM300,000selama 10 tahun. Inflasi bagi emas ialah 0% sebab ia kalis inflasi.

   Di sini kita boleh lihat keuntungan yang boleh dijana oleh emas manakala dengan menyimpan wang kertas ia sentiasa dimamah inflasi saban tahun. Sebenarnya walaupun pihak kerajaan menetapkan kesan inflasi negara diparas 4% setahun namun hakikatnya ia jauh lebih tinggi dari angka berkenaan.

#Kredit untuk sifu2 POWERGOLD



Tuesday, March 4, 2014

Kek coklat <mudah + cepat = sedap>

Assalamualaikum semua.. MasyaAllah, dah bersawang teruk nau blog ai ni.. Lama sudah x terhapdet.. Maklum la sejak hujung tahun lepas aiols sibuk wat persiapan kawen aiols.. Hehe.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Nt aiols update sal kawen ni lps dpt gmbr2 kawen dr OP aiols ya..

Hokey.. Actually ai tetiba je rajin nk menulis sb nk kongsi satu rhsia besar.. Haha.. Rhsia besar uols.. Ish xdak la.. Gurau je.. Sbnrnya ai nk kongsi satu resepi.. Resepi kek coklat senang mudah cepat n sedappppp..

Idea nk buat kek tercetus slps ai duk borak2 dihujung minggu ngn housemate ai, duk bincang nk buat apa la tgh boring2 ni, nk mkn apa la, kisah skolah la, mcm2 lagi laa.. Tetiba ai ckp nk mkn kek coklat. So ajakla member ni buat kek coklat sb aiols xpenah lagi guna PEMANGGANG AJAIB AREIKAN utk bakar kek. Sblm ni aiols guna utk panggang aym, ikan n dgg je...  N dan2 tu jgk weols ni p beli brg2 kek, tepung segala bagai la.. Beli kt mydin je sb tu la pasaraya paling dekat n pling besar ngn weols. Tu pun ada jgk bnda yg xde.. Nsb baik ada pasar raya lain jgk kt jasin ni..

So skrg ni aiols dgn murah hatinya nk kongsi sikit resepi n tips2 nk buat kek coklat ni guna pemanggang ajaib.. Here we go...

Bahan2nya:
200g gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
100g mentega
2 biji telur
200ml susu segar
*50g serbuk koko
*1sudu teh soda bikarbonat
*200g tepung gandum
*1/2sudu teh serbuk penaik

Cara2nya:
1. Mula2, bahan2 yg ai tanda * tu perlu diayak. Campur je semua bahan2 skali..
2. Pukul mentega bersama gula kastor hingga sebati. Nak tau sebati ke x tgk wrna dia dh btukar nk ala2 putih tu , ha sebatilah dia tu..
3. Masukkan telur n esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
4. Masukkan bahan * berselang seli dgn susu segar , kacau hingga sebati.
5. Dah ciap kacau smpai sebati tu, msukkan adunan ke dlm pemanggang ajaib. Bakar guna api yg sederhana smpai masak atau selama 20minit. Pusingkn pemanggang tu n biarkan 5 minit lg.. K, dah siap, bila sejuk barulah boleh alih ke dlm pinggan, dipotong n dh boleh ngapp.. :)

Tips from me:
1. Guna telur gred C sb lau guna telur gred A especially, xjd sgt sb telur ni bnyk air, so kek nt xcntik n x gebu gebas.. He3..
2. Sblm mskkn adunan ke dlm pemanggang tu, lumurkan dia bedakkan dia ckit ngn tepung n mentega.. Xmau bg hangit n senang nk alih ke pinggan. Pas pakai bedak lapik ngn kertas minyak.. Lau dh xde sgt kertas minyak guna kertas A4 pun jadik la.. Kita buat dia kn... :)

So dear frens, selamat mencuba!

P/s: pada sape yg xde pemanggang ajaib ni, boleh la beli cpt2, sb apa, pemanggang ni mmg serbaguna, memudahkan kita kt dapur.. Masak guna pemanggang ni mmg cepat..
Nak beli?? Leh contact ina sb ina ada jual bnda ni.. Pre-order dibuka skrg until tgh bulan ni.. Harga dia?? Xmahal pun.. Hanya RM168 SAHAJA.. Hrga asaL RM 240. Utk batch ni ina bg spesel price.. Diskaun 30%..  nnnn, ada hadiah misteri lagi..
so contact ina cepat2..
SMS/WHATSAPP: 0126086484

Byeeeeee... See u soon with new recipe..



Ina.Ratu.Emas

I'm secondary school teacher, origin from Kelantan, now based in Malacca n sometimes in Kedah n Penang. Part timer as a mobile gold seller or authorised POWERGOLD MOBILE STOCKIST. If you are also interested how to generate 4-5 figure income in a month, do contact me. Free consultation for those who are willing to learn. Book your appointment today. As I wish, OPPORTUNITY NEVER COMES TWICE.. Grab it NOW!!
Call / sms / whatsapp 012-6086484
Email: marina8246@yahoo.com
Copyright to Hasnah Marina
Designed by UMIESUEstudio 2015